ARTIKEL

Kawasaki lebarkan sayap ke Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pencinta dua roda berkuasa tinggi dijemput hadir bagi memeriahkan lagi pelancaran rasmi Kawasaki Kuching yang terletak di Pusat Komersial Travillion Jalan Petanak, di sini pada 20 Januari depan.

Pengurus Pemasaran Digital, Abang Sayyidi Qairulzaman Abang Sapali berkata, pelbagai aktiviti menarik diadakan sempena pelancaran cawangan pertamanya di Sarawak itu dengan tema ‘Menunggang Bersama Kawasaki’ yang bermula dari 9 pagi hingga 6 petang.

‘’Antaranya pameran permotoran, pertandingan mewarna, aktiviti memasak, tarian bermukun dan cabutan bertuah, manakala pendaftaran awal dari 11 hingga 19 Januari menerima barangan percuma terhad kepada 500 peserta sahaja,” katanya pada sidang media, di sini.

Mengulas lanjut kata Abang Sayyidi, pelancaran cawangan itu merupakan komitmen Kawasaki mengembangkan rangkaiannya di wilayah Borneo selain penganjurannya bertujuan merapatkan hubungan komuniti permotoran di Kuching.

Beliau turut berkongsi bahawa peserta yang berminat dialu-alukan mendaftar di halaman Facebook Kawasaki Kuching sehingga 19 Januari ini.

Sementara katanya, pada hari pelancaran motosikal legenda Kawasaki turut ditampilkan sempena meraikan ulang tahun ke-40 tahun Kawasaki ditubuhkan di Malaysia.

“Selain itu, artis dan pengacara tempatan, Fir Affandi, Natasha Juan dan Zah Amirul juga hadir pada acara itu untuk mengalu-alukan dan menghiburkan pencinta dua roda yang hadir,” katanya.

Dijangka hadir pada acara pelancaran itu nanti ialah Pengarah Kawasaki Kuching, Lau Kin Tay; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kawasaki Malaysia, Roslan Roskan dan Ketua Pegawai Pemasaran Kawasaki Malaysia, Yusaku Kashiwagi.

LAIN-LAIN BERITA

Capai sasaran tingkatkan pendapatan komuniti tani

KUCHING: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) serta jabatan dan agensi di bawahnya diseru supaya terus komited dan berdedikasi menyampaikan khidmat kepada rakyat

Lebih 123,000 syarikat berdaftar dengan CIDB

KUALA PERLIS, Perlis: Sejumlah 132,579 syarikat telah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) setakat Januari lepas. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick,

Sasaran perdagangan, pelaburan dapat dicapai

KUALA LUMPUR: Kerajaan optimis sasaran perdagangan dan pelaburan yang ditetapkan untuk tahun ini dapat dicapai meskipun penyusutan nilai semasa ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),

Ekonomi hijau S’wak jadi contoh baik global

KUCHING: Sarawak menunjukkan contoh baik kepada seluruh dunia dalam membangunkan ekonomi hijau, kata Pengerusi Majlis Perdagangan dan Pelaburan Komanwel (CEIC), Lord Jonathan Peter Marland. Lord

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke