ARTIKEL

Kawasan seluas 3.2 juta ekar diluluskan untuk penyimpanan karbon

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Satu kawasan berkeluasan 1.318 juta hektar atau 3.257 juta ekar di perairan Miri-Bintulu diluluskan secara prinsip untuk dikeluarkan Lesen Penyimpanan Karbon kepada Petroleum Sarawak Berhad (PETROS).

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, ia bagi memudahkan aktiviti perdagangan karbon agar lebih sistematik dan teratur serta menyokong komitmen Malaysia untuk mengurangkan gas rumah hijau kepada sifar bersih menjelang 2050.

’’Kerajaan Sarawak turut menjalankan kajian bertajuk Dasar Perubahan Iklim Sarawak dan Rangka Tindakan Masyarakat Rendah Karbon Di Bandar Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu bagi merangka langkah mitigasi dan adaptasi.

’’Ia sebagai usaha untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan memperkukuh daya tahan terhadap perubahan iklim,’’ katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan pada persidangan DUN di sini, pagi ini.

Tambah Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan terbabit, aktiviti perdagangan karbon merupakan potensi baharu untuk menjana pendapatan dari nilai sumber hutan di Sarawak.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU