Kawasan titik panas di seluruh Sarawak meningkat enam kali ganda

KUCHING: Kawasan titik panas di seluruh Sarawak meningkat enam kali ganda daripada enam kawasan titik panas kepada 40 titik panas.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri(JPBN) Ismail Mahedin berkata, negara Brunei turut terjejas oleh jerebu dan didapati satu kawasan titik panas.

Manakala di Kalimantan terdapat 646 kawasan titik panas.

“Bagi bacaan Index Pencemaran Udara(IPU), Kuching mencatatkan sedikit penurunan bacaan IPU sebanyak 223 namun masih di paras sangat tidak sihat. Manakala Bahagian Sri Aman bacaan IPU meningkat kepada 241.

“Selain Kuching, bacaan tidak sihat turut terdapat di Samarahan(199), Sarikei(183), Miri(157), S.K Baram(118), ILP Miri(144), Sibu(190), Mukah(115),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini setakat pukul 4.00 petang.

Manakala bacaan IPU sederhana pula di Bintulu(93), Samalaju(76), Kapit(77), Limbang(82).

Suara Sarawak