ARTIKEL

Kaya pelbagai sumber

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak komited menjadikan negeri ini sebagai perintis ekonomi baharu berteraskan tenaga boleh diperbaharui dengan memanfaatkan kepelbagaian sumber yang ada.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sumber yang ada di negeri ini termasuk hidrogen, solar dan sebagainya pasti dapat memacukan dasar ekonomi baharu bagi menjayakan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030.

“Perkara tersebut juga akan menjadi teras kepada tenaga baharu yang membantu menggerakkan ekonomi di seluruh dunia. Kita mempunyai sumber air yang cukup untuk mengeluarkan hidrogen. Malah, dunia mengenal pasti satu-satunya kawasan di Asia Tenggara yang boleh mengeluarkan hidrogen adalah negeri Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2022 di di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) dekat sini, hari ini.

Tambahnya, selepas kriris Covid-19 dua tahun lalu, Gabungan Parti Sarawak (GPS) menggubal dasar PCDS 2030.

“Kita mengenal pasti hala tuju ekonomi yang akan menggerakkan pertumbuhan dalam negara kasar antara enam peratus hingga lapan peratus sekali gus menambah ekonomi daripada kira-kira RM130 bilion kepada RM280 bilion menejelang 2030 kelak.

“Jumlah ini agak mencabar tetapi saya percaya orang Sarawak boleh menempuh cabaran ke arah ekonomi baharu,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU