HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Kayu balak haram bernilai RM408,000 dirampas

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

SIBU: Pasukan Polis Marin Wilayah Lima (PPMW5) Sibu berjaya merampas kayu balak haram yang dianggarkan bernilai RM408,000 di perairan Pulau Dudong, Sungai Batang Rajang pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataan hari ini berkata, ketika menjalankan tugas Op Pensura lebih kurang jam 9 pagi menggunakan sebuah bot di perairan tersebut, sepasukan PPMW5 telah menemui satu longgokan kayu balak yang telah diikat menjadi rakit.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati lebih kurang 160 batang kayu balak pelbagai jenis dan saiz yang tidak mempunyai tanda tukul Jabatan Hutan Sarawak (JH) dan dipercayai diperoleh secara haram,” ujar beliau.

KAYU balak yang dirampas di perairan Pulau Dudong

Zulkipli menambah, kesemua barang rampasan diserahkan kepada pegawai Perhutanan Bahagian Sibu untuk tindakan lanjut.

“Rampasan adalah dibawah Ordinan Perhutanan 2015,” jelasnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

1 April 2023

Berita Terbaru