ARTIKEL

Kayu berkualiti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

“Anak saya mula mendekatkan diri dengan pembuatan gendang, tetapi setakat ini hanya melibatkan kerja-kerja pemasangan kulit.

“Insya-Allah mungkin secara perlahan, suatu masa kelak dia boleh membuat bingkai gendang atau lebih dikenali sebagai ‘aran’ dalam masyarakat tempatan,” jelasnya.

SIAP TIGA HARI

Menceritakan lanjut pengalamannya, gendang Melayu merupakan tradisi orang dahulu yang diperbuat daripada kayu keras dan tahan lama.

Pemilihan kayu amat penting dalam menghasilkan gendang berkualiti dan mampu mempengaruhi bunyi pukulan.

“Tidak dinafi kan, ada yang mengatakan bahawa gendang boleh dihasilkan dengan semua jenis kayu.

Tetapi hasilnya sedikit berbeza dari segi kualiti dan bunyi.

“Sebab itu juga saya suka menghasilkan gendang menggunakan kayu jenis belian menggris, merbau, serta kayu keras lain,” katanya.

Pengalamannya ketika masih muda dan bertenaga, dia boleh menghasilkan tiga buah gendang dalam masa satu hari.

Dari segi harga pula, ia boleh mencecah sehingga RM3,500 untuk sebuah gendang berdasarkan permintaan pelanggan dan jenis kayu.

“Jika dibandingkan harga dahulu, ia jauh lebih murah. Sebuah gendang dijual pada harga RM1,000, tetapi sekarang boleh menjangkau RM3,500 kerana ia boleh dikategorikan sebangai barangan antik,” katanya.

FESTIVAL GENDANG

Sebagai usaha memartabatkan gendang Melayu, pihak kerajaan mengambi langkah untuk memperkenalkan festival muzik tradisional kepada generasi baharu.

Antara yang diketengahkan ialah Festival Gendang Melayu yang menampilkan penglibatan orang lama dan pelapis baharu.

Justeru, ia melahirkan sinergi dua generasi untuk memastikan kebudayaan itu terus terpelihara dan tidak pupus ditelan zaman.

“Bukan itu sahaja, apabila adanya penganjuran festival seperti ini, kita sebagai pembuat gendang secara langsung turut menjana pendapatan menerusi penjualan gendang.

“Kebanyakan pelanggan ialah generasi pertengahan umur, mungkin mereka didedahkan dengan budaya bergendang.

“Walaupun harganya tinggi berbanding dahulu, tetapi mereka tetap membeli,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penganjuran Festival Gendang Sarawak merupakan acara tahunan bersempena Sarawak Regatta.

Adat dan budaya tradisi masyarakat Melayu ini bukan sahaja popular di Sarawak, bahkan di Sabah dan negara jiran — Brunei Darussalam.

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri komited dalam usahanya memartabatkan kebudayaan itu agar terpelihara sekali gus mendedahkan golongan muda dengan tradisi berkenaan.

“Generasi baharu harus mengambil peluang untuk mempelajari salasilah sejarah kebudayaan dan seni gendang Melayu.

“Ia harus dipelihara dan penglibatan generasi muda amat penting dalam memastikan hasrat untuk terus melihat seni persembahan gendang Melayu ini tidak hilang begitu sahaja,” katanya.

Beliau berharap penganjuran ini diteruskan pada masa akan datang bagi memberi impak positif serta pulangan ekonomi kepada penggiat industri kreatif dan persembahan.

Pelaksanaan festival yang berlangsung selama tiga hari, bermula pada 3 hingga 5 November 2023 ini diselaraskan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sarawak.

la menjadi landasan penting untuk mempopularkan seni warisan bermukun dan bergendang sebagai warisan turun-temurun masyarakat Sarawak.

Sejak FGS diadadakan pada 2014, dianggarkan lebih 300,000 pengunjung hadir ke acara berkenaan yang kini memasuki tahun kesembilan penganjurannya.

LAIN-LAIN BERITA

Dendang nurani malam bersama Palestin

DEWAN Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) menganjurkan persembahan Dendang Nurani-Malam Bersama Palestin di Balai Budaya sebagai tanda laungan keadilan sisi kemanusia, barubaru ini. Acara

Kongsi pengetahuan, pengalaman

KUNJUNGAN hormat Pengarah Ikmas, Hanifuddin Roslan, ke Pusat Penerangan Islam (IIC) disambut baik oleh Ketua Pegawai Eksekutif IIC, Dr Asmah Othman. Pengurus Bahagian Penyelidikan dan

Anak lambat bercakap

ANAK saya belum bercakap. Kenapa si kecil saya tidak bercakap? Berapa banyak perkataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh kanak-kanak berumur dua tahun? Gejala anak lambat bercakap

Penjagaan kebun musim hujan

MUSIM hujan, adakalanya menjadi kelebihan kepada tanaman kerana keperluan airnya mencukupi. Secara tidak langsung, anda tidak perlu menyiram. Bagaimanapun, musim hujan juga antara punca tanaman

Terima kasih Tun Taib

ALLAHYARHAM TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD tokoh Sarawak disegani membawa pelbagai perubahan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di Bumi Kenyalang. Mempelopori bidang politik,

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim