ARTIKEL

Kayu ukur kejayaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BERADA dalam dunia siber hari ini, kita sering menyaksikan perkongsian pelbagai pencapaian dan kejayaan sama ada dalam pelajaran, kerjaya mahupun kebahagiaan.

Ada kalanya, ia menjadi sumber inspirasi untuk menjadi lebih bersemangat dan berjaya.

Namun, ia juga boleh mendatangkan kekecewaan dalam diri kerana tidak berjaya seperti orang lain.

Kita sering membandingkan diri dengan orang lain.

Ia sudah tentu berakhir dengan perasaan sedih dan tidak adil setelah menilai kehidupan orang lain jauh lebih baik.

 Mungkin anda sering tertanya-tanya; mengapa orang lain memiliki rupa paras lebih cantik, mudah bertemu jodoh atau hidup lebih mewah?

Tindakan seperti ini menyebabkan kita berasa sakit hati seterusnya menjadi punca tidak bahagia.

Sebab kita mudah membandingkan hidup dengan orang yang lebih beruntung.

SITUASI BERBEZA

Kita cenderung membandingkan keadaan dan situasi kurang bernasib baik dalam diri.

Kita hanya melihat kelebihan orang lain dan bandingkan dengan kekurangan diri.

Perbandingan tersebut meletakkan fokus anda kepada orang yang salah.

Kita sering lupa bahawa setiap individu mempunyai jalan hidup sendiri dan cara tersendiri untuk melaluinya.

Baca lain  DETOKSIFIKASI MEDIA SOSIAL

Terkadang kita lupa, ia memerlukan proses yang panjang.

Oleh itu, hanya fokus perjalanan hidup sendiri dan percaya dengan rezeki.

Ingatlah wahai teman, hidup bukan pertandingan, tetapi ia merupakan perjalanan yang indah.

PENCAPAIAN DIRI

Lebih baik sekiranya anda muhasabah diri.

Mungkin tanpa disedari ramai yang menginginkan nasib atau posisi anda ketika ini.

Nilai kehidupan diri anda pada masa kini dan kehidupan masa lalu.

Lihat peningkatan kematangan, pencapaian dan perkara yang dibuat setakat ini dalam mencapai matlamat hidup.

Diri kita sekarang ialah hasil daripada keputusan yang kita buat semalam dan sentiasa dalam proses membesar serta belajar menjadi matang.

Tiada sesiapa berhak mengatakan anda gagal. Hakikatnya, kita semua hebat, hanya ia subjektif pada pandangn umum.

BERITA LAIN

Budaya bermaafan, elak sengketa

SETIAP kali Hari Raya Aidilfitri, ia peluang terbaik untuk meminta maaf atas segala kesalahan dalam sedar ataupun tidak. Walaupun ungkapan tersebut ringkas, tetapi ia mempunyai

Adab bertamu

UMAT Islam di Malaysia dijangka merayakan sambutan Aidilfitri pada Rabu ini, 1 Syawal 1445 Hijrah bersamaan 10 April 2024. Bermakna tamatlah perjuangan Ramadan yang penuh

Wanita perlu bijak kawal emosi

TIDAK dinafi kan, wanita memikul tanggungjawab besar sebagai isteri, ibu, penjaga keluarga, pengurus rumah tangga dan warga kerja negara. Di Malaysia, tenaga kerja wanita berdaftar

Bahang Aidilfitri semakin terasa

UMAT Islam menghitung hari untuk menyambut hari besar itu. Kini rancak di mana-mana, ramai yang sibuk membeli persiapan raya yang dijangka jatuh pada 10 April

KE MANA SELEPAS SPM?

SELEPAS tingkatan lima, umumnya selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ramai melihat opsyen di pelbagai institusi pendidikan tinggi (IPT), khasnya universiti untuk menyambung pelajaran. Pelbagai pihak,

Sepakat soal pendidikan

LEBIH banyak persepakatan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri perlu dicapai untuk manfaat rakyat. Khamis lalu menyaksikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi kuasa kepada Pengarah

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,