ARTIKEL

KBBS sedia gegarkan Futsal Tertutup P.204 Betong 2023 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TUMPUAN… Pemain pasukan KBBS A.

KUCHING: Dua kelab handalan dari Spaoh, KBBS A dan KBBS B bersiap sedia untuk mencipta kejutan dalam Kejohanan Futsal Tertutup P.204 Betong, Piala Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas 2023, 24 hingga 26 Februari ini.

Pengurus pasukan, Ismahani Sulaiman memberitahu, sekalipun tampak berliku laluan tersebut bakal diharungi pemain mereka.

Bagaimanapun katanya, dengan persiapan rapi dilakukan pasukannya selain mempertaruhkan kelibat beberapa pemain dilihat kredit yang mampu menjadi pembekal tonik kearah itu.

“Kita turun dengan misi untuk cuba menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik untuk kejohanan kali ini.

“Walaupun dilihat sebagai satu tugas yang memcabar, namun saya yakin pemain mampu menggapai misi tersebut,” ujar Ismahani kepada Arena Suara Sarawak.

Menebal keinginan Ismahani untuk memastikan misi tersebut tercapai mengambil kira keupayaan barisan pemain kedua-dua pasukan terbabit yang berjaya mara ke peringkat suku dan separuh akhir pada kejohanan yang disertai mereka di Sarikei hujung minggu lepas.

Kejohanan tiga hari anjuran Belia Bukit Saban, Betong itu menyaksikan hadiah wang tunai keseluruhan RM14,400 menanti 32 pasukan yang akan turut serta.

Juara akan menerima RM7,000 bersama piala dan pingat. Sambil RM4,000 selain piala dan pingat untuk naib juara.

Berbanding dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing akan menerima wang tunai RM1,500 beserta piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Dalam pada itu, hadiah wang tunai RM400 disediakan untuk pemain terbaik perlawanan akhir.

Kejohanan tersebut akan berlangsung di gelanggang futsal Spaoh,  Betong.

SEDIA BERENTAP…Barisan pemain muda pasukan KBBS B.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU