ARTIKEL

KBS mahu Norza kekal terajui BAM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MENTERI Belia dan Sukan Hannah Yeoh secara terbuka meminta Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mempertimbangkan semula keputusan untuk melepaskan jawatannya, pada hujung tahun ini.

Menurut Hannah Sukan Olimpik Paris 2024 hanya tinggal beberapa bulan lagi dan sukan badminton membentuk blok majoriti atlet dalam program Road To Gold (RTG). “


Kita perlu fokus dan mengurangkan gangguan semasa tempoh persediaan yang penting ini,” katanya menerusi hantaran di laman X miliknya, semalam.

Beliau berkata RTG ditubuhkan untuk bertahan dengan perubahan kepimpinan dalam Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ataupun Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dengan mempunyai dua pengerusi bersama.

“RTG telah ditubuhkan untuk berdepan perubahan secara tiba-tiba pemimpin di KBS atau MOM dengan mempunyai dua pengerusi bersama.

Walaupun begitu, saya berharap pengerusi bersama saya Tan Sri Norza, akan mempertimbangkan semula keputusannya untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden BAM menjelang berakhirnya tahun ini,” katanya.


Pada Julai lepas, Norza yang juga Presiden MOM mengumumkan untuk meninggalkan BAM selepas Sukan Olimpik Paris 2024, namun membuat kejutan pada Ogos apabila mengumumkan untuk berundur pada hujung tahun ini.

Spekulasi mengenai pengisian jawatan tertinggi BAM akhirnya terjawab pada Oktober lepas selepas ahli majlis badan itu sebulat suara bersetuju menamakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai presiden baharu mereka. – Bernama

LAIN-LAIN BERITA

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Senarai pendek pemain tenis dikenal pasti

KUCHING: Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) sudah mempunyai senarai pendek pemain terbaik ketika ini. Namun senarai itu belum dimuktamad untuk menjadikannya kepada skala lebih kecil

Wee Wern ucap selamat tinggal kepada sukan skuasy

KUALA LUMPUR: Selepas dua dekad dalam sukan skuasy, bintang skuasy wanita negara Low Wee Wern mengumumkan persaraannya secara rasmi tengah malam tadi. Pengumuman tersebut dilakukan pemain berusia 33

Tze Yong alami kecederaan tulang belakang – BAM

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong mengalami kecederaan tulang belakang semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.  Perkembangan itu dimaklumkan

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta