ARTIKEL

KBS sedia bincang garis panduan pakaian patuh syariah Sukma 2028

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedia berbincang dengan Kerajaan Negeri Kelantan berhubung garis panduan pakaian sukan patuh syariah bagi Sukan Malaysia (Sukma) yang dianjurkan negeri itu pada 2028.


Bagaimanapun, menterinya Hannah Yeoh berkata ketika ini, tumpuan diberikan kepada Sukma Sarawak yang diadakan tahun depan, serta usaha pelaksanaan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada atlet dalam Program Podium pada Januari.


“Saya percaya Kelantan ada pemikiran mereka tetapi Kerajaan Persekutuan kita juga ada pemikiran kita sendiri. Jadi isu ini dibangkitkan bukan dalam mesyuarat kita, isu ini dibangkitkan dalam (persidangan) DUN (Dewan Undangan Negeri) mereka,” ujarnya.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU