
KUCHING: Skuad Kuching City FC (KC FC) menamatkan saingan pusingan pertama kempen Liga Premier 2022 dengan penuh bergaya.
Membelasah Selangor FC 2 (5-1) pada perlawanan yang berlangsung di Stadium UiTM Shah Alam malam tadi.
Bintang import sensasi, Abu Kamara muncul wira The City Boys apabila menyumbat hatrik untuk pasukannya pada minit ke-35, 45(+3) dan 82.
Sambil, dua lagi gol dijaringkan oleh Shafizi Iqmal Md Khairudin minit ke-78 dan Yuki Tanigawa minit ke-90 (+2).
Gol tunggal tuan rumah dijaringkan oleh George Teteh Attram minit ke-72
Ia merupakan emenangan kelima diperoleh anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim selepas mengharungi sembilan perlawanan, meletakkan mereka dikedudukan keempat dengan menggumpul 17 mata.