ARTIKEL

KC FC cari import baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kuching City FC (KC FC) perlu mencari pemain import yang berkualiti bagi memantapkan pasukan terbabit menghadapi kempen Liga Malaysia 2022.

Ketua Jurulatih Kuching City FC (KC FC), Irfan Bakti Abu Salim menegaskan, keperluan tersebut harus direalisasikan mengambil kira sebahagian besar pemain gagal menghadirkan impak yang diharapkan sepanjang musim ini.

“Kita perlu mencari pemain import yang lebih baik bagi memantapkan beberapa posisi penting untuk saingan musim depan,” ujar Irfan.

Menurut Irfan, beliau sudah mengemukakan cadangan tersebut kepada pihak pengurusan.

Empat pemain import yang berada dalam skuad KC FC musim ini adalah Hudson Dias De Jesus, Michael Chukwubunna Ijezie, Yuta Suzuki dan Aylton Ferreira Annas.

Ditanya sama ada beliau sudah mempunyai calon pemain import baharu itu, Irfan berkata ia masih dalam proses pencarian.

“Apa yang pasti kita tidak akan mengambil pemain import yang pernah beraksi bersama pasukan sedia ada dalam kancah Liga Malaysia 2021,” menurutnya.

Katanya, beliau akan cuba mengenal pasti calon pemain import itu kelak dan akan mengumumkannya sebaik memuktamadkan keputusannya.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU