ARTIKEL

KC FC mahu kekalkan aksi kemenangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Skuad Kuching City FC (KC FC) tidak rela diselubungi kekecewaan ketika turun dalam aksi terakhir kempen Liga Premier 2022 menentang Kelantan United FC di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor petang esok (Jumaat).

Sebaliknya, pasukan itu tetap fokus untuk memastikan kemenangan meskipun tiga mata penuh sekiranya berjaya memperolehnya yang dianggap sebagai bonus.

Memandangkan status The City Boys yang telah awal sah layak ke saingan Piala Malaysia 2021.

“Kita tidak mengambil mudah perlawanan menentang Kelantan United FC petang esok.

“Kemenangan tetap menjadi fokus utama kami,” ujar Pengurus KC FC, Ideris Untong kepada Arena Suara Sarawak.

Bagaimanapun menurut Ideris, aksi petang esok bakal menyajikan kelainan dari segi barisan kesebelasan pemain.

Dengan kata lain, bakal menurunkan beberapa pemain simpanan dan muda.

“Saingan Piala Malaysia 2021 bermula Ahad ini. Dan sebab itu kita perlu merehatkan beberapa pemain utama,” tambah Ideris lagi.

Sambil menakui, semua pemain bebas dari sebarang kecederaan serius.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di