KCFC lepaskan Bryan Jones

SKUAD Kuching City FC (KCFC) mengambil langkah drastik, mengetepikan penyerang import, Bryan Jones ekoran kecederaan dan prestasi kurang memberangsangkan sepanjang kempen pusingan pertama Liga Premier 2021. Beliau hanya menjaringkan satu gol.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KCFC, Iswandi Ali Hassan, kontrak Bryan telah pun ditamatkan baru-baru ini. “Keputusan menamatkan kontrak dicapai hasil persetujuan bersama dengan pihak pengurusan,” ujarnya.

Bryan merupakan antara empat import KCFC musim ini. Tiga lagi import ialah Hudson Dias, Aylton Ferreira dan Yuta Suzuki.

KCFC telah pun mendapat calon pengganti Bryan, yang kini sudah pun berada di Kuala Lumpur. “Import baharu akan tiba di Kuching dalam minggu ini, namun beliau akan menjalani kuarantin 14 hari sebelum bersama pasukan,” ujar Iswandi.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 31 Mei 2021

Suara Sarawak