KCFC raih kemenangan sulung

HASRAT Kuching City FC (KCFC) untuk meraih kemenangan dalam kempen Liga Premier 2021 akhirnya tercapai setelah membenam skuad serba kental, PDRM 2-1 dalam aksi sengit di Stadium Cheras malam kelmarin.

KCFC membuka tirai jaringan seawal minit ketiga hasil rembatan mudah, Muhammad Adam Shreen Tambi selepas panjaga gol PDRM melakukan kesilapan, terhantar bola ke arah Shreen.

Manakala gol kedua, hasil jaringan Hudson Dias pada minit ke-46, melalui tolakan mudah, selepas penjaga gol PDRM gagal menepis sepakan sudut.

Sementara, gol tunggal PDRM dijaringkan oleh Lazarus Kaimbi menerusi sepakan penalti pada minit ke-76.

PDRM melakukan asakan hebat sepanjang 20 minit terakhir, namun benteng KCFC kental menangkis serangan.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 22 Mac 2021

Suara Sarawak