ARTIKEL

Kredit: Facebook Saifuddin Nasution Ismail

KDN akan ambil tindakan tegas terhadap pihak cuba cetus jenayah di Julau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba melakukan kegiatan jenayah termasuk gengsterisme secara berleluasa di Julau, Sarawak.

Menteri berkenaan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau dimaklumkan sendiri oleh Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Sng Wei Shien mengenai situasi di kawasan itu.

Beliau berkata Ketua Polis Daerah Julau juga mengeluarkan kenyataan bahawa sudah ada tangkapan berhubung perkara itu.

“Biarlah proses itu selesai dibuat oleh pihak polis di sana dan dakwaan wujud anasir jenayah itu tidak akan terlepas daripada siasatan polis,” katanya.

Terdahulu, Sng dalam catatan di Facebook mendakwa kumpulan kongsi gelap itu bukan sahaja mengendalikan perjudian dalam talian di daerah Pakan dan Julau, malah terbabit dengan aktiviti menjual dadah, kontraban seperti rokok dan minuman keras serta pinjaman wang haram.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu