ARTIKEL

Kredit: Kelantan Darul Naim FC | BERNAMA

KDN FC terima tajaan daripada syarikat Jepun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) menerima tajaan bernilai RM200,000 daripada syarikat dari Jepun, ROHM Electronics Sdn Bhd, bagi menghadapi saingan Liga Super 2024/2025.

Presiden KDN FC, Rozi Muhamad, berkata perjanjian yang telah dimeterai itu merupakan kesinambungan daripada musim-musim sebelum ini yang telah terjalin antara kedua pihak.

“Musim lepas, pihak ROHM Electronics bersama kami (KDN FC) memberi penekanan kepada program akar umbi sehingga berjaya menghantar satu skuad bawah 16 tahun menyertai perlawanan persahabatan antarabangsa bersama tiga akademi bola sepak di Kasaoka, Jepun.

“Saya berharap pencapaian dan keberkesanan penajaan antara KDN FC serta syarikat ini sejak beberapa musim sebelum ini akan berterusan untuk jangka masa panjang,” ujarnya dalam kenyataan semalam.

Rozi berkata KDN FC berbesar hati kerana ROHM Electronics sudi untuk meneruskan penajaan pada musim ini.

“Saya menyatakan penghargaan kepada mereka kerana terus mempercayai jenama KDN FC sekali gus berharap kerjasama ini akan memberi kejayaan seperti yang telah dirancangkan seiring dengan kemahuan oleh semua pihak,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

KGS anjur kejohanan golf profesional

SIBU: Buat julung kalinya, Kelab Golf Sibu (KGS) akan menganjurkan kejohanan golf profesional di sini. Presiden KGS, Wong Pak Cheng, berkata kejohanan profesional itu ialah

BERITA TERBARU

MCMC, PDRM banteras kegiatan pancing data

PUTRJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia berjaya membanteras kegiatan memancing data (phishing) melalui pautan khidmat pesanan ringkas (SMS) menerusi