ARTIKEL

KDN sahkan bekas peguam 1MDB ditahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Polis menahan bekas peguam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Jasmine Loo Ai Swan Jumaat lepas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang media hari ini mengesahkan penangkapan tersebut bagi membantu siasatan isu penyelewengan dana syarikat berkenaan.

Menurut Bernama, Loo direman pada Sabtu, selepas ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Pada 20 Januari lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan pihak pendakwaan melucut hak dua kereta mewah dan wang RM22,600 milik Loo.

Loo dikatakan seorang daripada rakan sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low yang turut terbabit dalam skandal kewangan 1MDB.

Jho Low disenaraikan sebagai orang dikehendaki.

Pada 4 Disember 2018, Mahkamah Majistret mengeluarkan waran tangkap terhadap Jho Low, Loo, bekas Pengarah Eksekutif 1MDB, Casey Tang Keng Chee, bekas pegawai 1MDB, Geh Choh Heng dan sekutu Jho Low, Eric Tan Kim Loong.

Waran tangkap itu dikeluarkan selepas mereka gagal hadir di mahkamah bagi menghadapi tujuh pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan 1MDB.

BERITA LAIN

Premier Sarawak berada di Poland

POZNAN: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Johari Tun Openg bakal berucap sebagai ahli panel forum pada sesi ‘Debate Regions for the Planet’ di Poland

Mohon dana ikut keperluan

KUCHING: Rumah ibadat yang memerlukan dana daripada Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (UNIFOR) diseru untuk membuat permohonan berdasarkan keperluan atau kos sebenar. Timbalan Premier Datuk

BERITA TERBARU

Bina legasi baharu badminton negara

SKUAD badminton lelaki negara diingatkan agar tidak terbuai dengan nostalgia kegemilangan lampau pasukan kebangsaan, sebaliknya cuba untuk melakar sejarah baharu dengan merangkul Piala Thomas 2024

Premier Sarawak berada di Poland

POZNAN: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Johari Tun Openg bakal berucap sebagai ahli panel forum pada sesi ‘Debate Regions for the Planet’ di Poland