ARTIKEL

KDN tubuh pasukan petugas khas bersama Premier selesaikan isu Kewarganegaraan 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan satu pasukan petugas khas (PPK) bagi meneliti dan menyelesaikan isu berhubung individu tidak memiliki sijil kelahiran, dokumen pengenalan, atau MyKad di negeri ini.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, PPK ini akan dipengerusikan bersama oleh beliau sendiri dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya, pasukan petugas itu boleh dibentuk segera berikutan pangkalan data negeri ini yang boleh didapati di Jabatan Premier Sarawak.

“Kerajaan Sarawak, telah mengenal pasti 3,756 individu tanpa dokumen manakala, terdapat 9,314 kes atas sebab lain;  seperti mereka mempunyai sijil kelahiran tetapi tanpa MyKad, isu status serta mereka yang memegang IC hijau (penduduk sementara).

“Jawatankuasa induk (yang dipengerusikan bersama Abang Johari dan saya) akan memutuskan mekanisme (termasuk prosedur) sebelum diserahkan kepada jawatankuasa teknikal yang terdiri daripada pegawai kementerian saya serta setiausaha kerajaan negeri Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis penyerahan surat kelulusan kewarganegaraan untuk 62 rakyat Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Menjelas lanjut katanya, PPK ini akan memulakan kes-kes yang dikenal pasti terlebih dahulu memandangkan kerajaan Sarawak mempunyai semua maklumat termasuk di mana mereka berada.

Bagaimanapun Saifuddin berkata jumlah itu dijangka meningkat kerana ia adalah isu yang dinamik, namun kementeriannya komited untuk menyelesaikan semua kes itu.

Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU