ARTIKEL

Sekitar Sambutan Hari Wesak di tokong Persatuan Penganut Buddha Sarawak yang dihadiri Dr Sim (dua kanan) dan Hong Seng (kanan) hari ini. | Foto: Alif Noni

Keadaan COVID-19 sentiasa dipantau bersama pakar tempatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak sentiasa bekerjasama rapat dengan pakar tempatan, termasuk dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), untuk memantau keadaan penularan COVID-19 di negeri ini.

Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, berkata ia adalah usaha bagi memerangi gejala penularan COVID-19, termasuk varian baharu yang menular di negara-negara lain, untuk membolehkan kerajaan bertindak balas dengan lebih berkesan.

Beliau memberikan jaminan bahawa Sarawak mempunyai sistem untuk mengurus dan merawat kes COVID-19, termasuk bekerjasama rapat dengan UNIMAS yang diketuai Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) UNIMAS, Profesor Dr David Perera.

“Saya juga ingin mengetengahkan langkah proaktif Sarawak bagi mendapatkan bekalan perubatan yang diperlukan.

Antara penganut Buddha yang melakukan upacara keagamaan pada sambutan Hari Wesak di Persatuan Penganut Buddha Sarawak hari ini. | Foto: Alif Noni

“Kami memastikan keperluan penjagaan kesihatan tempatan dipenuhi tanpa bergantung semata-mata kepada sumber daripada Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Dr Sim, yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Sambutan Hari Wesak di Persatuan Penganut Buddha Sarawak di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tentang peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Singapura sejak dua minggu lepas.

Memetik kenyataan Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung, sebelum ini, gelombang itu dijangka meningkat dalam tempoh dua hingga empat minggu akan datang.

Sehubungan itu, Dr Sim memberi jaminan bahawa Sarawak mempunyai sistem untuk mengurus dan memerangi kes COVID-19 berikutan kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan masyarakat.

“Lebih 90 peratus rakyat Sarawak sudah menerima dos pertama, kedua dan ketiga mereka. Bagaimanapun, pengambilan bagi dos keempat kekal rendah, sekitar lima peratus, kerana ia tidak wajib.

“Saya menekankan kepentingan menilai faedah dan risiko vaksinasi, sama seperti selesema, varian baharu COVID-19, strategi vaksinasi kami mesti disesuaikan dengan sewajarnya.

“Untuk memantau kesan COVID-19, kita turut bergantung kepada data seperti jumlah kemasukan ke hospital dan permintaan bagi ubat antivirus di negeri ini,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau menggesa orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga jika disyaki dijangkiti COVID-19 dengan mengasingkan diri jika positif selain mendapatkan rawatan awal.

Hadir sama pada sambutan Hari Wesak berkenaan, Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Datuk Lo Khere Chiang, ADUN Kota Sentosa, Wilfred Yap, serta Pengerusi Persatuan Penganut Buddha Malaysia Cawangan Sarawak, Datuk Seri Dr Tay Chin Kin.

BERITA LAIN

Kapit berpotensi pengeluar utama koko

KOTA SAMARAHAN: Bahagian Kapit mempunyai potensi besar untuk dimajukan sebagai salah satu kawasan pengeluar utama koko di Sarawak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam

BERITA TERBARU