ARTIKEL

Keadilan Batang Lupar sokong hasrat GPS tambah Kerusi Parlimen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Keadilan Batang Lupar menyokong hasrat Gabungan Parti Sarawak (GPS) menambah bilangan Kerusi Parlimen di Sarawak dan Sabah kepada 1/3 dari keseluruhan 222 kerusi Parlimen untuk menjadikan komposisi antara tiga wilayah lebih adil dan stabil.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Batang Lupar Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh berkata, kenyataan Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Fazzrudin Abdul Rahman baru baru ini bertepatan dengan kehendak rakyat negeri ini.

Pada masa yang sama katanya, deklarasi Kuching yang dimeterai Komponen Pakatan Rakyat (dahulu) pada tahun 2010 adalah bersabit hal autonomi Sarawak yang terangkum dalam Laporan Suruhanjaya Cobold.

“Kita mesti melihat pertambahan kerusi ini dari perspektif hak Sarawak dan Sabah yang harus ditunaikan dan dihormati oleh kepimpinan negara.

“Ketegasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan tuntutan dalam isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak harus dilihat secara menyeluruh.

“Salah satu tuntutan tersebut ialah untuk mewujudkan keadilan bagi mengimbangkan kuasa antara tiga wilayah ini dan tuntutan 1/3 dari jumlah itu adalah sangat wajar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abang Zulkipli berkata, secara peribadi beliau menyokong sebarang usaha yang dilakukan oleh Sarawak dan Sabah untuk memulihkan hubungan politik, kuasa dan pentadbiran antara wilayah berdasarkan yang termaktub dalam perjanjian pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak kehilangan figura yang berdedikasi

KUCHING: Sarawak kehilangan figura yang telah mendedikasikan hampir seluruh usianya untuk memimpin negeri ini ke arah kemajuan. Demikian kata Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan

BERITA TERBARU

Lenyau mentor ti bepenau

KUCHING: Penau Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud enggau bisi runding strategik mujur mai pemansang moden ngagai Sarawak. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari