ARTIKEL

KEADILAN Sarawak turut berdukacita atas pemergian Tun Taib

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat Negeri Sarawak (KEADILAN Sarawak) turut berdukacita apabila menerima berita pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, pagi tadi.

KEADILAN Sarawak berkata, mereka sangat menghargai khidmat bakti yang dicurahkan Allahyarham kepada negeri ini.

“Justeru, kami juga turut berkongsi kesedihan atas pemergian Allahyarham Taib bersama-sama dengan seluruh rakyat di negeri ini.

“Semoga legasinya menjadi batu loncatan untuk Sarawak mencapai kemakmuran yang dikongsi dengan saksama oleh seluruh rakyat berbilang kaum, agama, bahasa dan budaya di negeri ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

KEADILAN Sarawak juga menzahirkan takziah kepada keluarga dan sahabat handai Allahyarham.

Allahyarham Taib yang berketurunan Melanau dilahirkan di Miri pada 21 Mei 1936 itu telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 4.40 pagi semalam di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) pada usia 87 tahun.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

Kunjungan rumah terbuka tradisi masyarakat Sarawak

MARUDI: Kunjungan rumah terbuka merupakan tradisi masyarakat tanpa mengira kaum di Sarawak. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil, berkata,

BERITA TERBARU

PBB China sokongg Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan

Lelaki parah dipijak gajah di Gerik

IPOH: Seorang lelaki cedera parah akibat dipijak gajah di Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, malam tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,