ARTIKEL

Kebajikan 40,000 pemandu teksi akan dipelihara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji cadangan penambahbaikan ekosistem industri teksi bagi memastikan kebajikan sekitar 40,000 pemandu teksi di seluruh Malaysia terus dipelihara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah dikunjungi oleh ahli-ahli daripada Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin Dan Teksi Lapangan Terbang Se’Malaysia (GTSM) yang diterajui oleh Kamarudin Hussain.
“Dalam sesi di pejabat saya hari ini, saya telah mendengar beberapa cadangan penambahbaikan ekosistem industri teksi termasuk bagi memastikan kebajikan sekitar 40,000 pemandu teksi di seluruh Malaysia terus dipelihara.
“Saya telah memberikan komitmen supaya cadangan yang telah dikemukakan ini akan disemak dan diteliti oleh kerajaan agar satu pendekatan yang lebih adil dapat dilaksanakan dalam memastikan kelestarian industri teksi.
“Didoakan agar usaha yang dirancang ini mampu meningkatkan taraf hidup pemain industri teksi dan mutu perkhidmatan teksi kelak, Insya-Allah,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook.

LAIN-LAIN BERITA

Mesyuarat mingguan hingga 20 Mac selesai isu padi, beras

KUALA LUMPUR: Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta majlis itu

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

BERITA TERBARU