Belanjawan 2023 turut mengambil kira kebajikan belia dengan pelbagai inisiatif.

Antaranya, e-Tunai Belia Rahmah – pemberian kredit bernilai RM200 bagi belia bujang berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa yang layak di IPT.
Kerajaan juga menanggung bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2 dan bayaran lesen teksi, bas serta e-hailing kepada belia B40.
Malah, bagi memastikan semangat keusahawanan dalam kalangan belia, Kerajaan turut menyediakan Pembiayaan Dana Usahawan Muda (YEF 2.0) dengan saiz pinjaman sehingga RM1 juta.