ARTIKEL

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan masyarakat.

Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man berkata, beliau akan berusaha menggalakkan program serta dasar yang berkesan termasuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik, dan meningkatkan kemudahan akses tanpa halangan.

Katanya, antara inisiatif yang dilaksanakan adalah Skim Sokongan Pekerjaan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

“Melalui inisiatif tersebut, majikan akan menerima insentif sebanyak RM1, 500 selama enam bulan tertakluk kepada terma dan syarat sekiranya mengambil golongan OKU sebagai pekerja selama setahun.

“Oleh itu, saya menyeru kepada majikan dan peniaga untuk terus menyertai program ini melalui PERKESO,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga merancang mengadakan program ‘Kembali ke Sekolah’ dan Jualan Rahmah Bergerak bersama dengan Pertubuhan Orang Cacat Sarawak (POCS) Cawangan Miri bagi membantu golongan terbabit serta keluarga mereka.

Di samping itu, beliau turut mengemukakan beberapa cadangan untuk membantu ahli dan OKU di sini untuk menjana pendapatan harian atau bulanan.

Baca lain  Persimpangan Batu 7 dan 10 dibuka semula tidak lama lagi

“Untuk golongan OKU yang ingin memulakan perniagaan kecil, kita akan menganjurkan program kursus kemahiran untuk warga POCS Miri, dan membimbing mereka bagi mendapatkan geran atau bantuan daripada kerajaan.

“Saya juga akan terus berhubung rapat dengan POCS Miri bagi bersama-sama memperjuangkan ke arah yang lebih baik untuk golongan terjejas ini,” jelasnya.

BERITA LAIN

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

Doyoung NCT sah konsert solo pertama

PENYANYI, Kim Doyoung, 28 dari kumpulan NCT, bersedia mempamerkan persembahan solonya. SM Entertainment menerusi satu kenyataan memaklumkan, Doyoung bakal mengadakan konsert solo pertamanya selepas penerbitan

Kyrgyzstan sekat TikTok

BISHKEK: Wanita muda, Aku Sharsheeva, 22, berasa kecewa apabila gagal mengakses platform TikTok di studio fotografinya di ibu kota Kyrgyzstan minggu ini. “Tiada apa-apa yang