ARTIKEL

Kebajikan penduduk Sungai Maong terus diberi perhatian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kebajikan penduduk di Kampung Sungai Maong terus diberikan perhatian oleh Pusat Khidmat Satok terutamanya selepas dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) susulan lonjakan kes Covid-19 di kampung tersebut.

Menurut kenyataan pusat khidmat berkenaan, pada sebelah pagi rombongan diketuai Timbalan Ketua PBB Cawangan Satok, Datuk Ibrahim Baki bersama-sama dengan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Abdul Samat Gany telah menyantuni penduduk di situ.

Pusat Khidmat Satok menyerahkan bantuan bekalan keperluan asas untuk diagihkan kepada penduduk kampung tersebut.

Sementara itu, semalam juga juga Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengadakan lawatan ke Kampung Sungai Maong. Pengerusi Jawatankuasa

Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) itu, hadir pada sebelah petang dan sempat meninjau kawasan PKPD tersebut.

Turut menemani beliau ialah Ibrahim, Abdul Samat, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian serta wakil yang lain.

Sebagai rekod, PKPD di Kampung Sungai Maong itu berkuat kuasa pada 17 Febuari hingga 2 Mac 2021.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya