ARTIKEL

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi.

Seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang yang diketuai Komander Operasi, PBK I Ngo Avan, bertolak ke tempat kejadian yang terletak lima kilometer dari balai.

Pegawai kanan yang turut hadir ke lokasi adalah Ketua Zon Tujuh, PPgB Clarence D. Primus Tiandun, dan Ketua BBP Limbang, PKPgB TS Chong Bui Chyan.

Setibanya mereka di tempat kejadian, pemeriksaan mendapati kebakaran belukar benar berlaku.

Mereka mengambil tindakan awal memadam kebakaran dengan membentangkan satu aliran 400 kaki satu nozel menggunakan sumber ‘floating pam’ dari parit berdekatan, dua aliran cabang pembahagi yang terdiri daripada aliran pertama 300 kaki dan aliran kedua 400 kaki, dan pam Ziegler dari jentera ‘prime mover’ Scania.

Setakat berita ini dilaporkan, kebakaran sudah terkawal dan kerja pemantauan masih dijalankan untuk memastikan kebakaran tidak menular.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU