Trending

Kebakaran di Batang Muara Lassa, 92 pekerja hilang tempat tinggal

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

DARO: Dua blok rumah pekerja berstruktur tidak kekal musnah dalam kebakaran di Batang Muara Lassa di sini, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya memberitahu, kedua-dua blok kediaman terbabit mempunyai 16 buah bilik yang didiami seramai 92 orang penghuni.

Bagaimanapun tiada laporan kemalangan jiwa atau kecederaan dalam insiden kira-kira jam 7.00 pagi itu.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Daro bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 7.15 pagi.

“Kita menggunakan pemadaman menggunakan sumber air terbuka dari sungai berhampiran bagi mengawal dan memadam api,” katanya.

Difahamkan, kebakaran itu disedari oleh penghuninya sebelum sempat keluar daripada kediaman terbabit untuk menyelamatkan diri.

Api yang merebak pantas menyebabkan mangsa kehilangan tempat tinggal dan tidak sempat menyelamat harta Benda milik mereka.

“Operasi pemadaman tamat pada jam 9.32 pagi. Bagaimanapun, bomba melakukan pemantauan susulan bagi memastikan tiada lagi punca-punca api dan mengelak kebakaran berulang,” katanya.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru