Kebakaran di sempadan Brunei-Sarawak merebak

MIRI: Kebakaran tanah gambut di sempadan Brunei-Sarawak, merebak masuk ke kawasan Ladang Borneo Agro Plantation Industrial, Kuala Baram.

Keadaan itu dikesan lebih kurang jam 1.30 petang hari ini, menyebabkan pasukan bomba dari kedua-dua negara mengambil langkah drastik untuk memadam kebakaran.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) Sarawak, pasukan bomba melakukan pemadaman menggunakan kaedah ‘water bombing’ di kawasan mereka.

Manakala pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng di sini membuat pemadaman menggunakan teknik ‘direct attack’ dari ladang ke sempadan.

“Pihak ladang turut terlibat membuat ‘fire break’ menggunakan jentolak untuk mengelakkan kebakaran daripada terus merebak ke kawasan ladang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehingga kini kerja-kerja pemadaman masih dijalankan oleh pasukan bomba dari kedua-dua negara.

Tiada litupan Rangkaian Radio Bersepadu Kerajaan (GIRN) di tempat kejadian manakala talian telefon hanya dapat dihubungi ditempat tertentu sahaja.

Kebakaran merebak ke kawasan Ladang Borneo Agro Plantation Industrian, Kuala Baram.

 

Pekerja Ladang Borneo Agro Plantation Industrian, Kuala Baram membantu memadam kebakaran.

 

Anggota bomba mengepam air dari kawasan Ladang Borneo Agro Plantation Industrian untuk memadam kebakaran yang merebak.