Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Kebakaran jejaskan 107 penduduk Rumah Dangat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Pasukan Bomba melakukan pemadaman susulan bagi memastikan api padam sepenuhnya.

SARIKEI : Kebakaran membabitkan Rumah Dangat Sungai Kawi Bintangor menjejaskan seramai 107 daripada 157 orang penghuni rumah panjang itu.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memberitahu, kesemua mangsa daripada 22 buah keluarga.

Pasukan Bomba melakukan pemadaman susulan bagi memastikan api padam sepenuhnya.

Bagaimanapun katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri dalam insiden kira -kira jam 9.20 pagi itu.

“Operasi pemadaman berpandukan konsep R.E.C.E.O bagi menyelamat, mengawal dan memadam kebakaran.

Pasukan Bomba melakukan pemadaman susulan bagi memastikan api padam sepenuhnya.

” Kita juga bertindak mengarahkan pasukan pemadam menyalurkan air dari pam angkut ke pam jentera, sumber air terbuka dari sungai berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan.

Manakala, Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei yang turut menghulurkan bantuan  bertindak memadam dengan menggunakan teknik ‘offensive  defensive’ sehingga api padam sepenuhnya.

“Operasi terkawal pada 10:54 pagi dan ditamatkan pada jam 3.54 petang,” katanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru