Trending

Kebanggaan rakyat Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Penggunaan cogan kata Segulai Sejalai bersesuaian dengan lambang perpaduan yang diterapkan Kerajaan Perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, penggunaan cogan kata tersebut bukan sahaja menggambarkan perpaduan yang ada di Sarawak tetapi seluruh negara.

“Penggunaan cogan kata tersebut di seluruh negara membawa kebanggaan kepada rakyat di Sarawak.

“Bagi saya, menggunakan cogan kata sebagai slogan perpaduan nasional adalah antara inisiatif yang sangat baik oleh Perdana Menteri kita (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Segulai Sejalai melambangkan perpaduan dalam masyarakat.

“Pada masa sama, ia boleh dijadikan contoh kepada negara lain,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kuching di Masjid Nurir Rahmani, Kampung Santubong di sini malam semalam.

Sementara itu kata Ahli Parlimen Santubong terbabit, perpaduan sememangnya menjadi salah satu amalan kementeriannya tanpa mengira bangsa, agama, dan umur seseorang.

“Ini kerana kementerian mempunyai individu berbeza latar belakang berada di bawah jagaan kita, justeru perpaduan menjadi prinsip yang sentiasa kita pegang.

“Kami menggunakan perpaduan sebagai panduan kami untuk menjalankan tugas dalam kementerian,” tambahnya.

Sebelum ini, semasa sambutan Gawai Dayak 2023 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching pada 7 Jun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tertarik dengan frasa tersebut dan mengumumkan bahawa akan menjadikannya sebagai slogan perpaduan negara.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru