Kebangkitan BRICS

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BRIC singkatan kepada kelompok negara Brazil, Rusia, India dan China terbentuk 2009 bertujuan memperkuat kerjasama ekonomi negara anggota.

Masuknya Afrika Selatan pada 2010, kelompok tersebut menjadi BRICS, gelaran diberi ahli ekonomi Goldman Sachs, Jim O’Neill.

Kelompok BRICS memiliki ekonomi berkembang pesat dan dianggap sebagai kekuatan ekonomi global yang muncul sebagai pesaing kepada negara maju seperti AS, Kesatuan Eropah dan Jepun.

Bahkan, BRICS memiliki peranan penting dalam politik global, terutama dalam isu perdagangan antarabangsa, keamanan dan perubahan iklim.

Ketika “berbual” dengan ChatGPT adakah BRICS secara langsung bertentangan dengan konsep Tatabaharu Dunia atau New World Order (NWO)?

ChatGPT menulis bahawa NWO mempunyai konsep yang sangat kompleks dan kadangkadang samar-samar yang sering dikaitkan dengan gagasan tentang pengendalian global dan dominasi oleh pihak tertentu.

Sedangkan, menurut ChatGPT, BRICS merupakan kelompok negara yang saling bekerjasama dalam bidang ekonomi dan politik.

Namun, dalam perkembangan politik dan isme global, beberapa pengamat dan pengkritik vokal mengatakan BRICS mewakili pergeseran kekuatan dari Barat ke Timur bahkan Eropah – yang dapat dilihat sebagai tantangan ke atas pengaruh dan hegemoni negara Barat dalam sistem antarabangsa.

Jadi, di manakah tiada kontradiksi yang jelas antara BRICS dengan konsep NWO?

Ekonomi Global Pada masa depan, sebagai kelompok negara dengan ekonomi yang berkembang pesat, BRICS memiliki potensi menjadi kekuatan ekonomi global yang lebih besar.

Perhatikan peranan negara fahaman komunisme yakni Rusia dan China dalam BRICS.

Sementara, India kini mencapai negara dengan jumlah penduduk paling ramai di dunia.

Bahkan, penduduk China dan India itu sendiri memiliki hampir sepertiga daripada jumlah 8 bilion populasi global. BRICS merangkumi 3.21 bilion populasi iaitu 41.5 peratus penduduk dunia dan sekitar 26 peratus ekonomi global.

Keluasan negara anggota BRICS dianggarkan berjumlah 27 peratus daripada keluasan muka bumi.

Dalam beberapa tahun terakhir, bukti menunjukkan ekonomi anggota BRICS merekodkan pertumbuhan tinggi.

China memiliki ekonomi terbesar dalam kalangan anggota BRICS iaitu lebih 70 peratus daripada kekuatan ekonomi keseluruhan kumpulan itu, yang dianggarkan sekitar AS$27.5 trilion (RM121 trilion) Penguasaan India sekitar 13 peratus, disusuli Rusia dan Brazil masing-masing menguasai kira-kira 7 peratus, menurut data IMF.

KDNK negara anggota BRICS berjumlah AS$26.6 trilion atau 26.2 peratus daripada Keluaran Kasar Dunia dan dianggarkan mempunyai rizab asing AS$4.46 trilion pada 2018.

Jelas sekali, kekayaan akan datang bakal melimpah di negara memiliki populasi besar dengan mempunyai pasaran lebih luas.

Ada yang percaya jika ChinaIndia mampu menyelesaikan pertikaian antara mereka, maka BRICS segera berpotensi mengatasi cita-cita NWO.

Negara anggota BRICS antara pengeluar komoditi utama dunia seperti minyak mentah dan gas, bijirin, arang batu, bijih besi, tembaga, aluminium, nikel dan emas termasuk komoditi berharga seperti platinum dan palladium.

Jalan Berliku Pemerhati melihat, BRICS masih sahaja mempunyai tantangan dan cabaran. Justeru, mencapai potensi maksimum, BRICS masih perlu mengatasi jalan berliku di hadapannya.

Salah satu tantangan utama ialah kesenjangan atau jurang ekonomi yang masih melatari antara negara anggotanya.

Selain itu, negara BRICS juga perlu terus beradaptasi dengan perubahan perlumbaan ekonomi global dan memperkuat kerjasama mereka dalam banyak bidang termasuk perdagangan, pelaburan, teknologi dan keselamatan.

Cerahnya BRICS dan mungkin sekali memberi tantangan kepada konsep NWO apabila anggotanya dapat memperkuat kerjasama antara anggotanya sehingga berpotensi membina kekuatan ekonomi yang lebih luas dengan peranan semakin penting dalam sistem antarabangsa.

Untuk jangka panjang, masa depan BRICS sangat bergantung pada kemampuan mereka memanfaatkan potensi dimilikinya demi mengatasi tantangan yang dihadapi, serta meningkatkan peranan serta pengaruh di peringkat global.

Sebelum ini, duta besar Afrika Selatan untuk BRICS, Anil Sooklal mengatakan 13 negara secara rasmi meminta bergabung dengan kelompok tersebut.

Manakala, enam negara lain meminta secara tidak rasmi. Bahkan, Arab Saudi dan Iran disebut-sebut sudah berdaftar secara rasmi.

Sementara negara lain yang dikatakan menunjukkan minat bergabung ialah Argentina, Emiriyah Arab Bersatu, Aljazair, Mesir, Turkiye dan Bahrain termasuk negara dari Afrika.

Bergabung Kementerian Perdagangan Indonesia pada awal Mei lalu merespons khabar bahawa Indonesia masih melihat situasi jika mahu bergabung dengan blok BRICS.

Sementara, Rusia dan China secara jelas memberi isyarat bahawa kedua-duanya menyokong musuh AS dan Barat iaitu negara Iran yang memiliki rizab gas kedua terbesar dunia, menyertai BRICS.

Laporan menunjukkan sebelum ini, negara BRICS dikatakan ekonominya tumbuh lebih cepat berbanding negara maju G7 (Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Inggeris, dan AS).

Penguasaan AS ke atas dunia selama ini diketahui berasaskan kepada empat teras utama iaitu mata wang dolar, ketenteraan, perusahaan dan penguasaan teknologi baharu yang hampir disaingi negara BRICS.

Pecahnya Perang Rusia-Ukraine BRICS kini menjadi ancaman utama kepada AS dan Barat dalam kelangsungan hegemoninya ke atas dunia.

Jadi adakah penyertaan banyak negara dalam BRICS mampu menggugat G7, WEF dan NATO?

Dan ketika BRICS mengadakan Sidang Kemuncak di Durban, Afrika Selatan pada Ogos depan, menggunakan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di Deen Haag, Presiden Rusia Vladimir Putin yang dikatakan pencetus perang Ukraine, bakal ditangkap jika memasuki Durban.

Kini Afrika Selatan selaku tuan rumah memujuk Vladimir melupakan niat menghadiri sidang kemuncak bermakna itu.

Sekadar bertanya, dengan menangkap Vladimir, mampukah AS dan Barat serta pakatan Eropahnya menyekat kemaraan BRICS.

Ternyata BRICS sudah bukan lagi milik beberapa negara asal penerajunya, apatah lagi Moscow.

BRICS disertai banyak negara lain termasuk rakan dan musuh AS serta Barat sendiri.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berkaitan

Negeri Digital 2030

PERSIDANGAN Ekonomi Digital Global 2023 berlangsung di Beijing, China pada

Dunia maya serba lain

KOMPUTER ruangan atau spatial computer membenarkan pengguna berinteraksi dengan skrin

Lain-lain

Si duri tajam

DURIAN bukan sekadar pemegang takhta raja buah, tetapi juga raja