ARTIKEL

Wakil Rakyat Balingian, Abdul Yakub Arbi

Kebersihan lestari tingkatkan kesejahteraan rakyat – Abdul Yakub

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Rang Undang-undang (RUU) Perlindungan Kesihatan Awam (Pindaan) 2024 tidak hanya berupaya meningkatkan kesejahteraan rakyat, sebaliknya ia memperkasakan lagi peranan pihak berkuasa tempatan dalam menguatkuasakan peraturan kebersihan di premis makanan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi berkata, langkah itu membolehkan tindakan yang lebih tegas terhadap pengusaha supaya sentiasa mengutamakan kebersihan premis dan kesejahteraan pelanggan berbanding keuntungan semata-mata.

Rang Undang-undang itu katanya, memberi ruang kepada pemantauan berterusan di samping menjalankan penggredan bagi memastikan premis makanan mencapai tahap kebersihan terbaik.

“Saya mendapati standard kebersihan yang akan dinilai di bawah sistem penggredan yang dicadangkan di bawah RUU itu adalah menyeluruh kerana bukan sahaja meliputi kemudahan asas di dalam premis tetapi lebih daripada itu.

“Satu lagi peruntukan menarik yang diperkenalkan di bawah RUU ini ialah peraturan penguatkuasaan bagi pengurusan sisa, yang pada pendapat saya, sebagai langkah jangka panjang yang akan memudahkan Sarawak mencapai Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan RUU Perlindungan Kesihatan Awam (Pindaan) 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, hari ini.

Baca lain  Alat perakam suara kokpit pesawat terhempas ditemukan

Abdul Yakub berkata, peruntukan untuk memberi kuasa kepada majlis tempatan melaksanakan peraturan berhubung pengasingan serta pelupusan sisa, dan mengawal penggunaan bekas ‘styrofoam’, beg plastik serta penyedut minuman adalah relevan dengan keperluan untuk mengurangkan sisa sampah di Sarawak.

Malah katanya, pengurangan penggunaan bahan buangan tidak mudah rosak seperti ‘styrofoam’ dan bahan plastik membantu mengurangkan keperluan bagi pembinaan tapak pelupusan sampah atau memperluaskan yang sedia ada, sekali gus menyediakan kawasan tambahan yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan awam yang lebih baik.

“Saya berharap peruntukan ini kekal, bukan hanya mengukuhkan undang-undang berkaitan kesihatan awam, tetapi juga membuka jalan kepada lebih banyak inisiatif yang meningkatkan dasar alam sekitar dan imej Sarawak di peringkat antarabangsa,” katanya.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

BERITA TERBARU

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan