Kebersihan persekitaran elak kehadiran haiwan berbisa

SARIKEI: Orang ramai diingatkan agar tidak mengambil mudah aspek kebersihan terutama di persekitaran kediaman mereka bagi mengelak kehadiran haiwan berbisa.

Persekitaran yang tidak terurus atau dipenuhi semak samun boleh menarik perhatian ular, lipan dan kala jengking. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin berkata, sejak Januari lalu pihaknya menerima banyak aduan berhubung kemunculan ular dan biawak di kawasan mereka.

“Setakat ini, kita menerima tidak kurang 20 aduan penduduk yang sebahagian besarnya membabitkan ular. Malah, sejak minggu lalu, pasukan kita menyertai beberapa operasi menangkap reptilia ini di sekitar Sarikei.

“Sehubungan itu, kebersihan persekitaran kediaman amat penting bagi menghindari kehadiran tetamu yang tidak diundang ini,” katanya kepada Suara Sarawak.

....Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 21 Mac 2021

Suara Sarawak