ARTIKEL

Kebetulan dan kebetulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Baru-baru ini, tular semula isu “konspirasi The Simpsons” ke atas insiden kapal selam Titan.

Sebelum kejadian tersebut, The Simpsons sememangnya popular bagi penggemar konspirasi di media sosial.

Hampir setiap kejadian dikaitan dengan konspirasi golongan tertentu atau Freemason.

Jadi, bagaimana siri kartun terkenal boleh dikaitkan dengan konspirasi meramal masa depan? Untuk lebih faham, kita menilai sendiri kartun tersebut dan perkara yang dikatakan seolah-olah sama itu.

Kartun ini dihasilkan oleh Matt Groening mengisahkan keluarga Simpsons — Homer (ayah), Marge (ibu), Bart (anak lelaki) serta Lisa dan Maggie (anak perempuan) yang tinggal di bandar Springfield.

Mula ditayangkan pada 1989, The Simpsons memiliki lebih 100 penulis dan menghasilkan lebih 700 episod sehingga kini.

Justeru, terdapat beberapa episod yang dikatakan meramal masa depan.

Antaranya, pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat, Covid-19, ebola dan skandal Fifa termasuk tragedi kapal Titan.

Jadi, adakah ia dikira sebagai ramalan atau kebetulan? Bagi saya, ia kebetulan.

LAWAK SINDIRAN

Genre dan gaya penulisan kartun The Simpsons ialah komedi dan penulis banyak menggunakan lawak satira atau sindiran.

Baca lain  IKATAN KELUARGA dalam komuniti tumbuhan

Justeru, kartun ini menjadikan pelbagai perkara sebagai bahan jenaka secara rawak seperti politik, persekitaran, sukan dan sebagainya.

Matt Groening dikatakan menggunakan konsep penghasilan jalan cerita yang dinamakan Rubber-Band Reality. 

Disebabkan kartun ini bergenre komedi, mereka gunakan Rubber-Band Reality — menjadikan satu situasi sebenar sebagai parodi bahan jenaka secara luas.

Contohnya, apabila Donald Trump mula mengumumkan terlibat dalam dunia politik dan bertanding sebagai Presiden Amerika Syarikat pada 2000, penulis The Simpsons ketika itu menjadikan realiti tersebut sebagai parodi secara rawak dengan menjadikan Trump sebagai presiden.

Disiarkan pada 2015, ia secara kebetulan benar-benar terjadi pada 2017 apabila Donald Trump memenangi pilihan raya dan menjadi Presiden AS.

Situasi lain seperti “ramalan” ebola The Simpsons pada 1997 benar-benar memburuk pada 2014. Sebenarnya penyakit tersebut lama ditemui sejak 1976 dan penulis menjadikan realiti itu sebagai parodi.

Begitulah cara penulisan The Simpsons dengan menjadikan realiti semasa sebagai parodi dengan lawak sindiran.

Contoh lain yang boleh membantu anda lebih mudah faham. Pada awal 2020 sebelum Covid-19 mengganas, ramai yang meramalkan bahawa virus itu terus merebak lebih-lebih lagi pakar kesihatan.

Baca lain  Cantik, serba boleh

Malah, ramai warganet termasuk saya meramalkan kes jangkitan Covid-19 mampu mencecah lima angka dan ia benar-benar terjadi pada tahun yang sama.

Persoalannya, adakah saya mampu melihat masa depan?

Itulah yang dimaksudkan Rubber-Band Reality, 

kita mengembangkan sesuatu realiti dengan pelbagai kemungkinan, jadi “getah” itu terus membesar.

TAASUB

Itu baru mengambil satu situasi, apatah lagi The Simpsons yang memiliki lebih 700 episod dan disiarkan lebih 30 tahun.

Lebih besar kemungkinan untuk salah satu episod itu seolah-olah meramal masa depan.

Hanya peratusan kecil daripada keseluruhan episod yang disiarkan menjadi kenyataan, tetapi masyarakat lebih memilih untuk membuat andaian The Simpsons mampu meramal masa depan.

Malah, lebih banyak “ramalan” The Simpsons tidak menjadi kenyataan seperti jam digital Big Ben London pada 2010 atau kematian Trump pada 2020, sehingga kini beliau masih hidup dan ratusan ramalan tidak menjadi kenyataan.

Ramai yang taasub sehingga menyampaikan maklumat kurang tepat berkaitan siri kartun tersebut.

Contohnya, gambar popular Trump dan pemimpin lain memegang glob. Situasi tersebut sebenarnya berlaku lebih awal daripada siri animasi itu dikeluarkan pada 2017.

Baca lain  Knowno cetus fenomena remaja 90-an Sarawak

Kalau ini bentuk pemikiran yang diguna pakai oleh masyarakat, mungkin animasi Malaysia Ejen Ali boleh dianggap sebagai meramal masa depan kerana terdapat episod yang memaparkan tugas polis digantikan dengan robot dan kini benar-benar terjadi seperti Dubai, India dan Singapura.

BERITA LAIN

Pengurusan rekod sistematik, efisien

SESI kunjungan hormat Ikmas ke Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak diketuai Timbalan Pengarah Ikmas, Abd Malek Ghazali dan disambut Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak

Lawatan ke CENTEXS

SERAMAI 106 pelajar semester dua Diploma Dakwah Islamiyah mengikuti lawatan ke Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) diiringi enam pegawai Ikmas. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan

Kuih bongkol juadah istimewa Sarawak

KUIH bongkol tidak asing lagi bagi masyarakat Sarawak lebih-lebih lagi pada Ramadan lalu. Malah, kuih ini pasti menjadi salah satu hidangan wajib dijual oleh peniaga

Bertuntung gaya moden

TRADISI “bertuntung” dilihat semakin moden dengan gabungan lampu LED atau lampu liplap sebagai penyeri rumah pada 10 malam terakhir Ramadan sehingga Syawal di Sarawak. Tradisi

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,