ARTIKEL

Ibrahim (kiri) melakukan gimik menyala meriam buluh pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Zon Ranting Masjid, Bintangor, Bandarsah/Mataim dan Muda Hashim B dan Pertubuhan Anak Seni Bandarsah di Dewan Anak Seni Kampung Bandarsah, di sini malam tadi. - Foto: Mohd Alif Noni

Kebijaksanaan Premier dan barisan kepimpinan GPS urus tadbir negeri disegani – Ibrahim Baki

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kebijaksanaan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta barisan pemimpin lain dalam urus tadbir negeri ini menjadikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dicemburui dan disegani pihak lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki berkata, Sarawak kini berada dalam era kegemilangan yang menyaksikan ekonomi makmur selain politik dan perpaduan dalam kalangan masyarakat cukup utuh.

Dengan kestabilan dan kemakmuran itu, katanya, barisan pemimpin negeri berupaya untuk memikir jalan ke hadapan bagi memajukan lagi negeri ini.

“Pemimpin kita bukan sembarangan pemimpin, Premier kita cukup pintar, inovatif, kreatif, bijak pandai dalam cara menambah dana.

“Orang lain amat cemburu dengan kita, mereka cemburu dengan cara baik, pemimpin kita cukup disegani bukan sahaja oleh kawan tapi pihak lawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Zon Ranting Masjid, Bintangor, Bandarsah/Mataim dan Muda Hashim B dan Pertubuhan Anak Seni Bandarsah di Dewan Anak Seni Kampung Bandarsah di sini malam tadi.

Ibrahim berkata, dengan kestabilan politik dan perpaduan yang kukuh, parti politik lain mula menerima apa yang dilakukan oleh GPS.

“Orang yang melawan kita dahulu sudah masuk ke salah sebuah parti dalam GPS, parti itu sudah tutup, jadi ahli GPS.

“Ini cara kita mengendalikan negeri dengan baik, rakyat hidup harmoni dan makmur,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menekankan kepentingan bagi rakyat Sarawak untuk terus bersatu padu.

Ibrahim (tengah) bergambar bersama hadirin lain pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Zon Ranting Masjid, Bintangor, Bandarsah/Mataim dan Muda Hashim B dan Pertubuhan Anak Seni Bandarsah di Dewan Anak Seni Kampung Bandarsah, di sini malam tadi. – Foto: Mohd Alif Noni

BERITA LAIN

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.