Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Kebimbangan melampau rawat sebelum parah…

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Sekadar hiasan

KEBANYAKAN kes kemurungan tidak dirawat, berakhir dengan tragik. 

Lebih buruk, antara 10 peratus hingga 15 peratus individu menghidap kemurungan teruk dan tidak dirawat mengambil keputusan membunuh diri. 

Mereka menyembunyikan atau memendam perasaan sebagai satu rahsia gelap kerana tidak mahu mendedahkannya dan berkongsi dengan orang lain. 

Sebagai tambahan, terdapat juga manusia yang mempunyai imej berbeza luaran dan dalaman. 

Cabarannya kini ialah melihat dan mengenal pasti tanda awal yang mungkin membantu mereka mendapatkan rawatan awal. 

Malah, pandangan negatif kononnya penyakit kebimbangan melampau dikaitkan dengan masalah jiwa, sakit mental atau gila menyebabkan pesakit lebih rela berdiam diri daripada mengambil apa-apa rawatan. 

Diingatkan, jangan sesekali memandang enteng penyakit kebimbangan melampau.

Sekiranya dibiarkan ia boleh mengundang masalah yang lebih teruk.

Untuk pengetahuan, kebimbangan melampau merujuk kepada situasi seseorang terlampau risau akan perkara remeh sedangkan pada akal fi kiran waras, hal itu dapat diselesaikan dengan mudah.

Antara kesan penyakit tersebut ialah serangan panik.

Simptomnya pula seperti jantung berdegup dengan kencang, nafas menjadi sesak dan badan berpeluh.

Ia datang secara mendadak sehingga pesakit tidak mampu melakukan apa-apa.

PAKAR PSIKIATRI

Jika hal berkenaan terjadi, seseorang tidak seharusnya berdiam diri sebaliknya disaran merujuk pakar psikiatri dan psikologi mendapatkan rawatan susulan.

Baca lain  Khidmat kesihatan berlandasan syariah

Berdasarkan Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan pada 2018, tiga daripada 10 dewasa berusia lebih 16 tahun menderita pelbagai isu kesihatan mental.

Ia dikatakan masalah kesihatan kedua terbesar rakyat Malaysia menjelang era 2020 selepas penyakit jantung.

Masalah mental itu termasuk kebimbangan melampau (anxiety), kemurungan (depress) dan ketegangan jiwa. 

Memetik kenyataan Pakar Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Rozanizam Zakaria perasaan resah dan cemas merupakan sebahagian daripada emosi normal manusia.

Ia terjadi akibat situasi yang mengaktifkan bahagian otak yang mengawal respons simpatetik manusia.

Bagi sesetengah orang, menurutnya keadaan cemas berlaku dalam keadaan tidak normal.

Misalnya, respons cemas berlaku meskipun tiada sebarang punca.

Terdapat keadaan apabila respons itu berlaku dalam keadaan berterusan pada kadar tidak mampu dikawal sehingga mengganggu fungsi seharian.

Keadaan inilah yang disebut keresahan melampau.

Beliau menyifatkan kebimbangan melampau merupakan sejenis gangguan mental.

Setiap jenis kebimbangan melampau pula diberi nama berbeza berdasarkan kriteria tertentu. 

Mungkin ada yang berpandangan golongan berkenaan hanya bermain dengan perasaan atau mengada-ngada.

Kajian menunjukkan perasaan asing itu berlaku kerana interaksi antara faktor genetik dan persekitaran.

Namun, secara umumnya terdapat beberapa lagi puncanya seperti stres, kurang keyakinan diri atau terlalu mementingkan kesempurnaan dan sejarah ahli keluarga yang mempunyai masalah serupa.  

Baca lain  Hargai diri sendiri

PENYAKIT MENTAL

Ia antara jenis penyakit mental yang lazim.

Satu kajian komuniti di Malaysia menunjukkan sekitar 8 peratus rakyat dewasa negara ini mengalami gejala kebimbangan melampau. 

Ini kerana, penyakit itu tidak dapat dilihat secara fi zikal dan banyak kes yang tidak mampu dirawat lebih awal. 

Lebih mengelirukan apabila pemeriksaan kesihatan biasanya mendapati fizikal seseorang itu sihat. Ppesakit kemurungan sering dianggap mengadakanada masalah.

Keadaan sedemikian menyebabkan pesakit tidak dapat sokongan ahli keluarga dan persekitaran.

Salah faham ini perlu diperbetul kerana jika tidak dirawat, ia boleh memberi kesan jangka masa panjang kepada individu itu.

Justeru, tindakan mengendalikan tekanan dengan baik, mendapatkan sokongan persekitaran, gaya hidup sihat dan mengelak salah guna substan juga dilihat dapat membantu merawat masalah ini. 

Selain pemeriksaan doktor, sokongan daripada kenalan atau ahli keluarga terdekat pesakit boleh membantu pesakit untuk sembuh. 

Oleh itu, kepada masyarakat di luar sana, belajarlah memahami dan jangan meremehkan perasaan dan pengalaman mereka.

Bantu mereka mengendali tekanan dan doronglah pesakit mendapatkan bantuan pakar. 

Jangan lupa sokongan komuniti sekeliling sebenarnya amat penting dalam usaha mencegah stigma tentang penyakit mental. 

Baca lain  Tinggi jadi bintang rendah jadi intan

Bukan itu sahaja, kepentingan mendapatkan rawatan dengan segera perlu diambil kira. 

Penyakit kebimbangan melampau mempunyai banyak jenis.

Antaranya, serangan kebimbangan, kecelaruan keresahan sosial, fobia khusus dan agoraphobia.

Ada pula akibat sindrom tekanan selepas trauma, kecelaruan keresahan umum dan obsessive-compulsive disorder.

Cara rawatannya pula berbeza.

Ada ciri lain yang dikatakan berisiko untuk menghidapi masalah kebimbangan melampau.

Antaranya, mereka yang masih muda, pemalu, sering berseorangan, mudah risau dan pernah menghadapi trauma pada masa lampau di samping rendah keyakinan diri.

Selain itu, kelakuan mereka yang mudah terperanjat, sukar bertenang dan memberi tumpuan, sentiasa resah gelisah, susah tidur nyenyak, mudah letih dan sentiasa memikirkan perkara yang menakutkan juga berpotensi besar berdepan dengan penyakit ini. 

lam pembelajaran atau pekerjaan, tidak pandai berkawan dan cenderung mengambil dadah atau minum alkohol yang berlebihan.

Kesemua itu menjejaskan kualiti kehidupan.

Ada juga yang boleh ke tahap sakit mental atau gila atau istilah perubatan berkaitan skizofrenia, kecelaruan, kemurungan keterlaluan dan kecelaruan bipolar. 

Berdasarkan rekod, di Malaysia terdapat 22 cawangan klinik kesihatan mental (Mentari) di bawah Kementerian Kesihatan seluruh Malaysia. Rawatlah sebelum lebih parah.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Antioksida seimbang

Menurut portal rujukan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), antioksida ialah

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru