ARTIKEL

Kebolehpasaran siswazah Politeknik Kuching Sarawak lebih 90 peratus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sekitar 90 hingga 95 peratus siswazah Politeknik Kuching Sarawak (PKS) mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian.

Pengarahnya Hikmatullah Hajid Ahmad Khan berkata, ia bermakna sekitar 90 ke 95 orang daripada 100 siswazah yang dilahirkan mendapat pekerjaan, manakala selebihnya melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

“Berdasarkan statistik kajian pengesanan kebolehpasaran siswazah keluaran PKS trend selama tiga tahun menampakkan bahawa kadar yang mendapat pekerjaan pada tahun 2017 sebanyak 97.2 peratus, 97.7 peratus (2018) dan 91.1 peratus (2019),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Konvokesyen Maya Politeknik Kuching Sarawak Kali ke-29 tahun 2021, melalui Facebook Politeknik Kuching Sarawak, hari ini.

Menurutnya, kejayaan para siswazah PKS adalah selari dgn pencapaian sebagai salah sebuah IPT terbaik di Malaysia yang bukan hanya diukur melalui pencapaian tetapi keupayaan untuk melahirkan graduan berdaya saing, berinovasi, serta serba boleh.

Terdahulu, sebanyak 1,268 siswazah PKS berjaya menamatkan pengajian sesi Disember 2019/Jun 2020 dan menerima diploma masing-masing.

Daripada jumlah tersebut, 287 siswazah daripada Jabatan Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik (200), Kejuruteraan Mekanikal (249), Kejuruteraan Petrokimia (91), Perdagangan (258) dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (258).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU