ARTIKEL

Kecederaan pekerjaan negara meningkat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kecederaan pekerjaan di Malaysia meningkat sebanyak 58.9 peratus kepada 34,216 kes pada 2022 berbanding 21,534 kes pada tahun sebelumnya.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Chong Chieng Jen berkata, ini menjadikan kadar kecederaan pekerjaan bagi setiap 1,000 pekerja meningkat kepada 2.22 pada 2022 berbanding 1.43 peratus pada 2021.

Beliau berkata berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, daripada angka tersebut, terdapat sejumlah 317 kes kecederaan pekerjaan maut pada 2022, meningkat sebanyak 16 kes berbanding 301 kes pada tahun sebelumnya.

“Ini digambarkan dengan kadar kecederaan pekerjaan maut yang lebih tinggi bagi setiap 100,000 pekerja iaitu 2.06 pada 2022, lebih tinggi daripada 2.0 peratus pada 2021.

“Berbanding angka ini, negara seperti Singapura dan Jepun merekodkan kadar kecederaan maut di tempat kerja bagi setiap 100,000 pekerja ialah 1.3 setiap 100,000 pada 2022 manakala kecederaan pekerjaan maut di Jepun ialah 1.42 peratus pada 2022,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke pejabat NIOSH Wilayah Sarawak.

Menurut Chong, situasi statistik kecederaan pekerjaan di seluruh dunia menunjukkan cabaran berterusan dalam keselamatan tempat kerja.

Justeru katanya, pihak NIOSH berusaha melakukan yang terbaik dalam menyediakan persekitaran kerja yang lebih selamat untuk para pekerja.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU