ARTIKEL

Sumber: Media sosial

Kecoh, pelajar cuba pukul pengadil

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ALOR SETAR: Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) di Kubang Pasu bertukar kecoh selepas seorang pelajar lelaki dikatakan cuba memukul pengadil perlawanan pada kejohanan itu.

Berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial, berlaku pergaduhan antara pemain dua pasukan yang bertanding sebelum seorang pelajar menolak pengadil itu secara tiba-tiba.

Keadaan bertambah tegang apabila pengadil berkenaan dilihat cuba mengejar pelajar itu sebelum beberapa pemain daripada pasukan sama cuba menolak, menyepak dan menumbuk pengadil terbabit.

Bagaimanapun, beberapa individu yang berada di lokasi kejadian berjaya meredakan keadaan dan menenangkan pengadil itu.

Tinjauan Bernama di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna laman media sosial mengecam tindakan pelajar berkenaan yang disifatkan biadap dan kurang wajar sebagai pemain bola sepak yang mewakili sekolahnya.– BERNAMA

BERITA LAIN

Zii Jia juara Terbuka Australia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meraih gelaran kedua musim ini selepas  merangkul kejuaraan Terbuka Australia 2024 dengan menewaskan wakil Jepun

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU