ARTIKEL

Kedah Darul Aman FC punyai peluang ke Piala AFC 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA BHARU: Kedah Darul Aman FC mempunyai peluang untuk merebut slot ke saingan Piala AFC musim depan, selepas mengutip tiga mata penuh dengan mengalahkan Kelantan FC 6-1 pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.


Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC Mohd Nafuzi Muhammad Zain berkata kemenangan itu penting kepada pasukannya, bagi merapatkan jarak kutipan mata dengan pasukan Selangor, yang berada di kedudukan kedua Liga Super.


“Sekarang ini kita hanya mempunyai perbezaan dua mata dengan Selangor dan mempunyai dua lagi baki perlawanan saingan liga.


“Tumpuan pada masa ini ialah merebut slot tempat kedua untuk Piala AFC musim depan, apabila satu slot lagi sah milik Johor Darul Ta’zim (JDT), jadi persaingan ketika ini hanya Kedah dan Selangor,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan Liga Super di sini malam tadi.


Kedudukan semasa Liga Super menyaksikan JDT berada di kedudukan pertama dengan 70 mata, Selangor di kedudukan kedua (55 mata) dan Kedah tempat ketiga (53 mata).
— LAGI

SUKAN-BOLA SEPAK (KEDAH) 2 (AKHIR) KOTA BHARU

Mohd Nafuzi berkata pasukannya perlu konsisten, dengan memperolehi kemenangan dalam kedua-dua perlawanan terakhir selepas ini.


“Selepas ini kita akan bertemu dengan Selangor di tempat sendiri dan ia menjadi kelebihan kepada kita, jadi perlawanan ini amat penting,” katanya.


Sementara itu Ketua Jurulatih Kelantan FC Alfredo Vera berkata pemain muda Kelantan FC perlu diberi lebih masa, bagi membolehkan mereka berpengalaman dalam beraksi pada saingan liga yang tinggi.

“Kita harus positif kerana pemain bermati-matian di atas padang sehingga minit terakhir walaupun berdepan dengan pasukan lebih kuat, setidak-tidaknya pemain mendapat pengalaman untuk ke hadapan.
“Saya sering beritahu pemain, kesempatan yang mereka dapat bermain perlu digunakan sebaik mungkin, kerana banyak pasukan dalam Liga Malaysia yang menonton prestasi,” katanya.


Beliau berkata pemain muda Kelantan FC mempunyai pontesi untuk dikembangkan sekiranya diberi peluang bermain dengan pasukan yang lengkap, sama ada pemain import atau pemain tempatan berpengalaman.

LAIN-LAIN BERITA

Harimau Malaya pindah kandang jika…

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai perancangan sekiranya Stadium Nasional Bukit Jalil tidak bersedia untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau

Pencarian bakat baharu di Betong

BETONG: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini, menzahir ucapan terima kasih kepada pihak Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Sarawak

BERITA TERBARU