KUCHING: Kedai cermin mata dan dobi layan diri dibenarkan untuk beroperasi ketika ini bagi memenuhi keperluan rakyat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerajaan telah meneliti semula dan bersetuju bahawa terdapat keperluan untuk perkara tersebut dilaksanakan.
Menurutnya, kebenaran beroperasi ini adalah mengambil kira keperluan rakyat yang memerlukan perkhidmatan tersebut.
“Kebenaran ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang akan ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, beliau menambah, kementeriannya juga mengingatkan kepada pemain industri dalam sektor perdagangan dan pengedaran supaya memastikan pematuhan SOP PKP dilaksanakan sepenuhnya di premis masing-masing.
“Kegagalan untuk memastikan SOP PKP dipatuhi boleh diambil tindakan seperti amaran, kompaun serta penutupan premis perniagaan.
“Sekiranya, pematuhan ini masih gagal mencapai tahap yang memuaskan kementerian akan mengambil tindakan drastik termasuklah mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menutup terus operasi industri tersebut sewaktu pelaksanaan tempoh PKP,” ujarnya.
Beliau memberitahu, KPDNHEP berharap agar semua pihak terutamanya pemain industri dan pengguna mengambil peluang sepenuhnya terhadap pembukaan aktiviti ekonomi di bawah Sektor Perdagangan dan Pengedaran dengan mematuhi kesemua SOP PKP yang sedang berkuat
kuasa.
“Tindakan dan kerjasama semua pihak juga akan dapat mengimbangi keperluan di antara kelangsungan ekonomi negara serta mengawal jangkitan Covid-19,” jelasnya.
Sebagai rekod, untuk pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/5905 atau melalui emel kepada spip@kpdnhep.gov.my
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my