Kedai lampu elektrik hampir musnah

MIRI: Sebuah kedai peralatan lampu elektrik di Pusat Komersial Pelita di sini hampir musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran pada Selasa lalu.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 7.05 malam dan seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya setiba di lokasi kejadian, Komander Operasi melaporkan kebakaran tersebut dipercayai berpunca peralatan elektrik.

“Bomba bertindak memadamkan kebakaran berkonsepkan RECEO iaitu dua aliran 300 kaki dua nozel air pili bomba pmadaman di bahagian hadapan dan belakang kedai untuk mengawal api marak.

“Setelah kebakaran berjaya dikawal, kerja kemudian dijalankan oleh anggota operasi untuk memastikan api padam sepenuhnya,” jelas beliau dalam satu kenyataan semalam.

Tambahnya, anggaran kemusnahan kedai adalah 40 peratus dan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

“Operasi berjaya ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.32 malam,” ujar Poh Kiong.

Suara Sarawak