ARTIKEL

MUSNAH… Keadaan kedai yang musnah 60 peratus semalam.

Kedai peralatan elektrik hangus dijilat api

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sebuah kedai menjual peralatan elektrik musnah 60 peratus dalam kebakaran di Sin Hin Cheong, Pusat Komersial Kota Sentosa di sini, petang semalam.

Bagaimanapun menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian jam 6.25 petang itu.

“Sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dengan bantuan BBP Tabuan Jaya dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 6.29 petang,” kata PGO dalam kenyataan hari ini.

Sementara PGO memaklumkan, sebaik pasukan tiba, pihaknya mendapati bahagian bawah kedai tiga tingkat itu sudah musnah 60 peratus.

Katanya, usaha memadamkan kebakaran dilakukan menggunakan teknik ‘offensif’ dengan satu aliran air hantaran; dua hos dan dua nozel bomba.

“Api dapat dikawal sepenuhnya pada jam 7.48 malam,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU