TOKYO: Di tengah-tengah krisis kos sara hidup yang didorong akibat inflasi di Jepun, beberapa kedai serbaneka pada Rabu menentang trend harga melambung tinggi dan menyediakan barangan lebih murah kepada pelanggannya.
Walaupun sesetengah kedai sukar menyediakan lebih banyak barangan mampu milik berikutan lonjakan inflasi ke paras tertinggi dalam beberapa dekad, sesetengah daripada mereka memutuskan untuk menurunkan harga akibat permintaan merosot.
Kedai Seven-Eleven antara yang turut mengumumkan bahawa barangan label peribadinya berharga rendah, menyaksikan stok dan ketersediaan di rak meningkat, dengan barangan seperti roti dan tauhu ditetapkan dalam barisan harga rendah kedai itu.
Menurut agensi penyiar awam NHK, pengarah yang bertanggungjawab untuk strategi dagangan di Seven-Eleven Jepun berkata pihaknya mahu pelanggan tahu bahawa barangan yang dijual di kedai itu tidak semua mahal dan syarikat itu ingin meneruskan pendekatan tersebut.
Satu lagi kedai serbaneka utama Lawson dalam usaha sama dan ia merancang untuk menurunkan harga beberapa alat tulis dan kosmetik di cawangannya, dalam langkah serupa dengan Seven-Eleven, kata NHK.
Sementara itu, Lawson Store 100, yang terkenal dengan rangkaian barangan makanan bajet berharga 100 yen (kurang daripada AS$1) turut mengikutinya dan meluaskan rangkaian barangan kos rendahnya.
FamilyMart pula menurunkan harga barangan asas termasuk tisu tandas, menurut NHK.