Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Kedudukan kukuh GPS bawa pembangunan, kemakmuran di Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
DOUGLAS UGGAH diiringi Dr Richard hadir Majlis Penghargaan Jentera Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di sini, baru-baru ini.
DOUGLAS UGGAH diiringi Dr Richard hadir Majlis Penghargaan Jentera Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di sini, baru-baru ini.

SPAOH: Kedudukan kukuh Gabungan Parti Sarawak (GPS) di peringkat Persekutuan hari ini diyakini akan membawa lebih banyak pembangunan dan kemakmuran kepada Sarawak.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kini fokus penting adalah memperbaiki dan mengeratkan hubungan supaya semua pihak boleh bergerak ke hadapan.

“Sekarang masa untuk kita duduk dan bercakap tentang apa yang diperlukan dalam lima tahun akan datang, dengan GPS berada pada kedudukan yang terbaik – diwakili lima menteri penuh dan enam timbalan menteri dalam Kerajaan Persekutuan.

“Saya yakin ia dapat membawa lebih banyak pembangunan dan kemakmuran kepada negeri ini,” katanya pada Majlis Penghargaan Jentera Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di sini, baru-baru ini.

Dengan itu juga jelasnya, Sarawak mempunyai peluang luas untuk melaksanakan pelbagai program peningkatan ekonomi, yang boleh menyediakan peluang pekerjaan dan menjana pendapatan kepada rakyat khususnya golongan belia.

Berhubung kemenangan GPS di kerusi Parlimen Betong yang diwakili oleh Dr Richard Rapu, Uggah menyifatkan ia sebagai satu lagi petanda rakyat Sarawak terus menolak politik perkauman atau agama.

“Rakyat telah membuat keputusan tepat. Kita mesti terus memperkasakan GPS, dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dengan harapan dapat memenangi semua siri pilihan raya akan datang dengan majoriti besar termasuk memenangi semula kerusi yang kalah,” katanya.

Adun Bukit Saban itu turut mengakui kemenangan Dr Richard sangat penting terutama dalam memberi kami input tambahan kepada Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) untuk memastikan objektifnya dapat dicapai.

“Objektif utama untuk membangunkan aktiviti ekonomi melalui sektor pertanian dan agro makanan, perindustrian, komersial, perniagaan dan keusahawanan dan pelancongan, meningkatkan pembangunan infrastruktur dan utiliti serta memupuk kecemerlangan pendidikan dalam kalangan anak-anak.

“Bahkan semua pemimpin tempatan, penjawat awam, pemimpin masyarakat, ahli perniagaan dan rakyat mempunyai tanggungjawab berat untuk memainkan peranan dalam kejayaan BDDA,” tambahnya.

Bagi Dr Richard sendiri, beliau berikrar untuk membantu semua pemimpin lain membawa lebih banyak pembangunan dan kemajuan kepada bahagian Betong.

“Saya akan memperjuangkan lebih banyak hak Sarawak yang terhakis di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), untuk dikembalikan,” tegasnya.

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk