Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Kedutaan Amerika Syarikat puji Muzium Budaya Borneo

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Abdul Karim (tiga kiri) menyerahkan bendera Sarawak kepada Chief De Mission Kontinjen Jabatan Muzium Sarawak Rhemy Romeo Jamal (dua kiri) sambil disaksikan oleh Pengarah Jabatan Muzium Sarawak Tazudin Mohtar.
Abdul Karim (tiga kiri) menyerahkan bendera Sarawak kepada Chief De Mission Kontinjen Jabatan Muzium Sarawak Rhemy Romeo Jamal (dua kiri) sambil disaksikan oleh Pengarah Jabatan Muzium Sarawak Tazudin Mohtar.

KUCHING: Kuasa Usaha Kedutaan Amerika Syarikat (AS) menyifatkan Muzium Budaya Borneo berada pada standard tinggi dan bertaraf antarabangsa.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kedutaannya Michael Newbill terpegun ketika mengadakan lawatan baru-baru ini.

“Beliau memuji muzium tersebut yang disifatkan mempunyai standard yang begitu tinggi dan bertaraf antarabangsa.

“Beliau sendiri juga tahu jumlah lawatan ke muzium itu sudah mencapai sehingga 250,000 pelawat sejak dibuka pada 9 Mac lalu. Ia satu jumlah yang cukup membanggakan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan bendera kontinjen Jabatan Muzium Sarawak ke Hari Muzium Antarabangsa 2022 di Bangunan Baitulmalmur dua, di sini hari ini.

Sebelum ini, Abdul Karim menerima kunjungan hormat daripada Michael Newbill.

Dalam pada itu katanya, Sarawak yang menjadi tuan rumah untuk Hari Muzium Antarabangsa 2023 akan diadakan dalam skala besar dan diisi dengan pelbagai acara yang menarik.

Sementara, Hari Muzium Antarabangsa 2022 diadakan di Kota Bahru, Kelantan pada 18 sehingga 25 Jun ini bertempat di Kota Bahru, Kelantan.

Chief De Mission Kontinjen Jabatan Muzium Sarawak Rhemy Romeo Jamal menerima penyerahan bendera dari Abdul Karim pada majlis tersebut.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru