ARTIKEL

Kredit: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) | BERNAMA

Kedutaan China, JAWI bincang program bantuan kemanusiaan di Malaysia, Palestin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing hari ini melakukan kunjungan hormat ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi membincangkan kerjasama strategik antara Kedutaan China dan jabatan itu melalui program bantuan kemanusiaan termasuk JAWI Food Bank (JFB). 

Dalam kunjungan hormat itu Ouyang turut menyampaikan cek cura sumbangan bernilai RM100,000 untuk Tabung Musaadah JAWI kepada Ketua Pengarah JAWI Kolonel Datuk Mohd Ajib Ismail yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Menurut kenyataan JAWI antara perkara lain yang dibincangkan antara Ouyang dan Mohd Ajib adalah agenda memperluaskan jaringan kerjasama dalam program bantuan kepada mangsa bencana dan musibah bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara. 

“Justeru kerjasama tersebut turut diperluaskan kepada program bantuan kemanusiaan melalui sumbangan kepada rakyat Palestin,” demikian menurut kenyataan itu. 

Sementara itu Mohd Ajib ketika ditemui pemberita selepas sesi kunjungan itu berkata sumbangan yang diterima semalam menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan Kedutaan China di Malaysia kepada JAWI kini mencecah RM700,000.

Baca lain  49 terbunuh, hilang akibat hujan lebat

Beliau berkata sumbangan hari ini merupakan sumbangan kali keenam Kedutaan China di Malaysia kepada JAWI sejak sumbangan pertama dibuat pada 2020 ketika pandemik COVID-19 melanda dunia. 

“Kedutaan China di Malaysia tertarik dengan pendekatan JAWI yang memberi sumbangan kepada semua lapisan masyarakat dan tidak hanya masyarakat Islam,” katanya. 

Mohd Ajib berkata sumbangan dan kerjasama Kedutaan China di Malaysia bersama JAWI kali ini lebih bermakna sempena sambutan Jubli Emas 50 tahun penubuhan JAWI dan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China. 

Mengenai JFB beliau berkata ia merupakan usaha membantu meringankan beban golongan yang memerlukan seperti asnaf, gelandangan, orang kurang upaya (OKU), warga emas, wanita dan kanak-kanak khususnya di Wilayah Persekutuan.

Sehingga kini JFB dengan kerjasama rakan strategik telah mengagihkan sumbangan bantuan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula dan tepung bernilai RM6.1 juta yang memberi manfaat kepada 300,499 orang penerima yang memerlukan terutamanya sejak pandemik COVID-19 melanda negara, katanya. — BERNAMA

BERITA LAIN

Banjir lahar sejuk landa Jawa Timur

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,