ARTIKEL

Women form a human chain during a demonstration demanding justice for the killing of two missing students by unknown miscreants and the restoration of peace in India's northeastern state of Manipur in Imphal on September 26, 2023, during ongoing ethnic violence in Manipur. (Photo by AFP)

Keganasan di Manipur meningkat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW DELHI: Negeri Manipur di timur laut India yang dilanda keganasan pada Selasa sekali lagi menyekat perkhidmatan Internet mudah alih selepas foto dua pelajar yang maut tular dalam talian.

Manipur dilanda keganasan dan ketegangan etnik sejak 3 Mei apabila pertempuran meletus antara puak berhubung faedah pekerjaan kerajaan dengan akses kepada tanah.

Kerajaan negeri mengarahkan perkhidmatan Internet mudah alih disekat sehingga 1 Oktober bagi mengekang khabar angin dan maklumat salah.

Tindakan itu dibuat susulan protes di ibu negeri Imphal berhubung pembunuhan dua pelajar yang hilang pada Julai.

“Memandangkan berita menyedihkan yang muncul semalam berkenaan kematian tragis pelajar yang hilang, saya ingin memberi jaminan kepada rakyat bahawa kedua-dua kerajaan negeri dan pusat bekerjasama rapat untuk menangkap pelaku,” kata Ketua Menteri, Manipur N. Biren Singh pada Selasa.

Manipur berdepan sekatan Internet sejak keganasan tercetus pada Mei.

Lebih 180 orang terbunuh dalam tempoh lima bulan lalu dan puluhan ribu lagi hilang tempat tinggal.- Bernama

BERITA LAIN

China konsisten alu-alukan pelaburan asing

BEIJING: Masyarakat antarabangsa semakin yakin akan ekonomi China yang meningkat semula dan berkembang menuju ke arah yang baik sejak awal tahun ini. China mengalu-alukan sektor

17,034 warga emas Jepun meninggal sendirian

TOKYO: Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian meninggal dunia di rumah di seluruh negara

BERITA TERBARU

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan