Kegiatan samseng dan kongsi gelap di S’wak terkawal
KUCHING: Sibu dikenal pasti menjadi lokasi utama kumpulan samseng atau kongsi gelap di negeri ini.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, namun kewujudan kumpulan samseng ini kebanyakannya untuk melindungi perniagaan.”Setakat ini, kegiatan kongsi gelap di negeri ini masih terkawal. “Bagaimanapun, jika pun ada, kebanyakannya bertumpu di bandar besar terutama Sibu,” katanya dalam pertemuan empat mata bersama Suara Sarawak di pejabatnya di sini.

Bagaimanapun, beliau berkata, polis Sarawak tidak ada rekod mana-mana kumpulan kongsi gelap yang ada di negeri ini. Katanya, ini kerana kegiatan kongsi gelap di Sarawak tidak seperti di Semenanjung Malaysia, yang mempunyai kumpulan sendiri dan merekrut ahlinya.

“Walaupun kumpulan kongsi gelap di Sarawak agak besar dan bukannya samseng kampung tetapi mereka tidak memiliki logo atau tatu kumpulan sehingga boleh merekrut ahli seperti negeri lain,” katanya.

Suara Sarawak